Pembentukan kerajaan perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa tuduhan beliau mendukung agenda yang melemahkan kedudukan orang Melayu dan Islam adalah tidak benar.<br /><br />Tegas Felo Utama KITA-UKM, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, ia adalah sentimen yang tak patut lagi dimainkan kerana ia akan terus merencatkan langkah negara menuju kemajuan.
